Singapore City









Daily Toon Click to enlarge
ANDERTOONS.COM  CARTOONS Cartoonsby Andertoons




Counters
Counter

Tuesday, January 02, 2007


Happy Belated Eid to All


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 8:48 AM



Saturday, December 09, 2006



AbDillah BerMuhaSabahDiri at 8:20 PM



Monday, October 23, 2006

Wishing All Muslim Bloggers A HAPPY EID MUBARAK


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 10:36 PM



Saturday, September 23, 2006


Ahlan Wahsahlan Ramadhan Al-Mubarak


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 10:20 PM



Saturday, August 05, 2006


DOA QUNUT NAZILAH

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim

Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil
qaumil mujrimiin

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka

Artinya:

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

"Marilah Kita Beramai-ramai bermunajat dan berdoa supaya para Muslimin & Muslimat di Lebanon senantiasa berada didalam lidunganMu-Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui tentang Rintihan mu Ya Sahabatku diBumi Lubnan"
Wassalam


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 2:17 PM



Saturday, July 29, 2006


KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA
SELAMAT MENYAMBUT REJAB
(26 JULAI 2006 - 1 REJAB 1427HIJRAH)
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersadba:-

Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka:

i) Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas,maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAHs.w.t.

ii) Barangsiapa yang berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.w.t

iii) Barangsiapa yang berpuasa tiga hari, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

iv) Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t.

v) Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini,maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barangsiapa berpuasa lapanhari maka dibukakan lapan pintu syurga.

vi) Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu danmenggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan,dan barangsiapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.

Sabda Nabi s.a.w:
Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. : Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril a.s. : Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :-Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi s.a.w. melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih.Kemudian baginda berdoa kepada ALLAH s.w.t.Lalu saya bertanya kepada baginda : Ya Rasulullahs.a.w., mengapakah anda menangis? Lalu baginda bersabda : Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka. Sabda baginda lagi :Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescayamereka tidak akan diseksa dalam kubur.

Tsauban bertanya : Ya Rasulullah s.a.w, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?

Sabda baginda : Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulanRejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun danmengerjakan solat malam satu tahun.

Sabda baginda lagi : Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali paranabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak akan rasa lapar dan haus bagi mereka.

Wassallam.


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 2:00 AM




AbDillah BerMuhaSabahDiri at 1:49 AM



Thursday, June 22, 2006


Bukan Sebarang Tidur
Bersama
AbDillah
Tidur merupakan nikmat yang hanya kita mengetahuinya.
Indahnya lena dan asyiknya mimpi - kesemua itu merupakan kurniaan yang diberikan Allah kepada manusia.
Bayangkan jika nikmat itu ditarik daripada manusia, bayangkan jika harus berjaga siang malam dan bayangkan betapa letih dan lelahnya jika lenyap nikmat yang satu itu.
Namun tidur bukan sebarang tidur.
Tidur seharusnya menjadi satu waktu rehat untuk menjana tenaga supaya apabila bangun tidur, kita kembali dapat menyempurnakan dan melunaskan tugas sebagai hamba Allah.
Tidur akan memberikan rehat yang cukup untuk memudahkan kita menjalankan tugas seperti biasa.
Ingati pesanan Rasulullah mengenai tidur manusia, seperti sabda Baginda:
"Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan menyebabkan kamu tidur cukup lama.
Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslan ikatan yang pertama.
Apabila dia berwuduk, terbuka pula ikatan kedua.
Apabila dia menunaikan salat, akan terbukalah ikatan semuanya.
Dia akan merasakan kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak, dia akan kusut dan malas."
(RIWAYAT BUKHARI)


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:37 AM




Mencari Keberkatan Makanan
Kita makan untuk mengenyangkan perut dan bagi menjana kekuatan meneruskan kehidupan. Makanan yang di telan bukanlah sekadar penggalas perut tetapi sebenarnya sebagai ibadat kepada Allah. Justeru untuk tambah memberkatinya, pastikan makanan yang diambil adalah HALAL dan baik.
Suatu hari seoarang sahabat, Saad bin Waqqas bertanya kepada Rasulullah:
"Wahai tuan, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan orang mustajab (makbul) doanya."
Lalu Rasulullah menjawab:
"Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari."
Oleh itu JANGAN PANDANG MUDAH PADA MAKANAN YANG DIAMBIL KERANA IA BOLEH MEMPENGARUHI KESELURUHHAN KEHIDUPAN ORANG ISLAM. SEPERTI KATA ORANG, KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN. JIKA BAIK MAKANAN YANG DIAMBIL, MAKA BAIKLAH KESELURUHAN TUBUH DAN JIWA KITA.


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:02 AM