|
|
![]() |
|
![]() |
|
||||
Counter |
Friday, May 26, 2006
![]() AL-KAFIRUN (Those Who Reject Faith) In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Say: O ye that reject Faith! I worship not that which ye worship Nor will ye worship that which I worship And I will not worship that which ye have been wont to worship Nor will ye worship that which I worship To you be your Way, and to me mine. Ameen AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:36 AM
Thursday, May 25, 2006
![]() The Opening (Al-Fatihah) In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful Praise be in Allah, the Cherisher and Sustainer of the Worlds Most Gracious, Most Merciful Master of the Day of Judgement Thee do we worship, and Thine aid we seek Show us the straight way The way of those on whom Thou hast bestowed The Grace those whose (portion) is not wrath, and who do not astray. Ameen AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:37 AM
Tuesday, May 23, 2006
![]() ![]() Ya Tuhanku Ini hambaMu yang melarikan diri telah kembali kepada pintu RahmatMu hambaMu yang bermaksiat telah kembali kepada kebenaran hambaMu yang berdosa datang dengan mohon maaf ampunilah aku dengan kemurahanMu dan terimalah aku dengan kurniaMu dan pandanglah aku dengan pandangan RahmatMu Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan peliharalah saki-baki hayatku Sesungguhnya kebaikan itu semua ada padaMu dan Engkaulah yang paling menyayangi dan mengasihi kami Amin Ya Rabbal A'lamin AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:10 PM
Sunday, May 21, 2006
![]() Ya Tuhan yang menerima taubat terimalah taubat kami Kesihanlah kami pandanglah kepada kami Memadailah kepada aku pengetahuan Tuhanku Dari pemohonan dan ikhtiar maka doaku dan pemohonanku menjadi saksi terhadap hajatku maka kerana rahsia in aku berdoa didalam kesenangan dan kesusahan Aku hamba menjadi kemegahanku walaupun dalam kefakiran dan kesusahan Wahai Tuhanku dan Rajaku Engkau Maha Megetahu tentang keadaanku Dengan apa yang menepati hatiku Dari dukacita dan kebimbangan Tolonglah aku dengan lemah-lembut DaripadaMu Wahai Tuhanku Wahai Tuhan yang hampir yang memperkenankan Wahai Tuhan yang mengetahui yang mendengar Sungguh aku akui kelemahanku Ya Rahman Ya Rahiim Amin AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:59 PM
Wednesday, May 17, 2006
![]() Wanita Yang Bergelar ISTERI Isteri adalah amanah Allah SWT yang mesti di jaga diawasi dan dibajai hatinya mengambil alih kuasa dari ibubapanya dibawah nama suami adakalanya menghibur hati pencerah fikiran dan penguat jiwa adakalanya menyeksa jiwa duri pada fikiran dan racun pada hati Neraka rumahtangga akan tumbuh uban sebelum masanya akan jadi tua sebelum ketikanya didiklah dia jangan marah-marah lemah-lembut dan berhemah simpati dan bertimbag rasa kita akan dapat tundukkannya jangan biarkan mengikut kehendaknya kecuali syariat membolehkannya dia akan terus tersasul dan tersalah dayus pada kita Neraka padanya. AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:56 PM
![]() Nasihat Untuk Anak-Anak Anakku Dengarlah Ayahmu bermadah Sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih ada sebelum ayah memejamkan mata sebagai ingatan dan kenanganmu. Anak-anakku yang tercinta jikamu alim jadilah obor kepada semesta jikamu jahil bernaunglah bawah cahaya jikamu kaya jadikan bank kepada masyarakatmu jikamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu. Hindarlah dari meminta-minta supaya terpelihara keizzahanmu biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu kaya dengan manusia Jika kau saudagar jauhilah riba betulkan timbangan bertasamuhlah dalam berjual-beli jikamu perlu mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu. Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin serahkan kepada kebijaksanaan ketuamu. Jika kamu pejuang banyakkan mengingati Tuhanmu hadapilah musuh jangan melampaui batasan-batasannya. Jika kamu menderita, terseksa berserahlah kamu itu tanda BASYAR dari Tuhanmu Tuhan kasih padamu kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada Anaknya. DARI ABAHmu Yang Tercinta -AbDillah AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:11 PM
Friday, May 12, 2006
![]() Pengorbanan Seorang IBU Seorang Ibu, anak-anaknya adalah manusia yang paling rapat dan disayangi dan dicintai sejak lahirnya ke dunia hingga ke akhir hayatnya. Biarlah ibu terkorban, biarlah ibu tidak makan, biarlah ibu menderita, biarlah ibu tidak tidur nyenyak malam-semalaman dan biarlah ibu banyak menangis, tetapi lidah ibu tidak pernah kering-kering mendoakan anaknya moga-moga bahagia didunia dan akhirat. AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:48 AM
![]() Ya Ummi Dari bayang matamu yang hening jernih aku anakmu menghirup setitis madu kenikmatan zaman anak-anakku. Dari jurai-jurai ubanmu yang memutih diseluruh kepalamu aku tafakur sejenak betapa tua ummiku. Dari kelopak wajahmu yang retak seribu aku tangisi remajaku yang telah lalu dan aku dibesarkan oleh airmata ummiku. Kurenung jari-jari ummiku yang kecut kering jari-jari inilah yang mencuci najis memandikan aku dan mengusap-mengusap kepalaku dizaman anak-anakku. Sahabat tengah malam ummiku adalah tangisanku kini sahabat malam ummi ialah Tahajudnya dibawah payung rumah tuanya ummiku menunggu pangilan ajalnya. Anakku, adakah engkau anak yang soleh ? kutunggu doamu di alam barzah. AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:03 AM
Thursday, May 11, 2006
![]() Kelebihan Wanita Insan Yang Bergelar sebagai IBU dimata Yang Maha Mengetahui. 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 7. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 9. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 10. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:40 PM
![]() Mengingati Maut Bersama AbDillah "Ketahuilah bahwa memperbanyak mengingati MATI itu adalah sangat dianjurkan, dan baginya ada banyak manfaat dan faedahnya. Diantaranya MEMENDEKKAN HARAPAN, BERZUHUD DI DUNIA, QANAAH MERASA CUKUP DENGAN YANG SEDIKIT, CINTA KEPADA AKHIRAT SERTA BERAMAL YANG SALEH SEBANYAK-BANYAKNYA." Tukilan Dari Kitab Nasihat Agama Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Haddad Nabi SAW Bersabda: "Perbanyakkanlah mengingati yang memutuskan kelazatan, yakni MAUT! " AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:07 AM
Sunday, May 07, 2006
![]() Musuhku Syaitan PERHATIKAN DUA ISYARAT FIRMAN ALLAH SWT DALAM AL-QURAN YANG MEMBERIKAN AMARAN DAN PERINGATAN KEPADA MANUSIA ![]() Allah Berfirman: "Apakah Aku tidak berpesan kepadamu hai anak Adam bahawa kamu tidak boleh menyembah syaitan, sebab sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata." (Yasin : 60) Allah Berfirman: "Sesungguhnya Syaitan itu musuh kamu, maka jadikanlah is sebagai musuh utamamu." (Fathir : 6) Wahai Insan, sesungguhnya kedua ayat di atas adalah suatu Peringatan dan Amaran yang sangat penting. ![]() Syaitan itu penganggur, penuh waktu untuk menjalankan rancangannya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihat dia, engkau lupa kepada syaitan, tetapi syaitan senantiasa ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu, syaitan mempunyai ramai pembantunya. Dengan ini Allah SWT telah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW "Ucapkan olehmu wahai Muhammad, Ya Tuhanku aku berlindung kepadaMu dari godaan-godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu ya Rabbi dari hadirnya mereka di antaraku." (Al-Mukminin : 97-98) AbDillah BerMuhaSabahDiri at 3:38 PM
Saturday, May 06, 2006
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:46 PM
Thursday, May 04, 2006
![]() Waktu Duha Bersama AbDillah Ya Allah Sesungguhnya waktu Duha ini adalah waktu DuhaMu Kemegahan adalah kemegahanMu Keindahan adalah keindahanMu Kekuatan adalah kekuatanMu Kekuasaan adalah kekuasaanMu Dan Perlindungan adalah perlindunganMu. Ya Allah Jika rezekiku ada dilangit maka turunkanlah Jika didalam bumi maka keluarkanlah Jika sukar didapatkannya maka mudahkanlah Jika haram maka sucikanlah halalkanlah Dan Jika jauh maka dekatkanlah berkat waktu DuhaMu, KemegahanMu, KeindahanMu, KekuatanMu dan KekuasaanMu. Berilah aku sesuatu yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Saleh. Amin..... AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:37 PM
Kelebihan Doa Selepas BerWuduk "Aku menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tidak ada yang menyekutuiNya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat, Dan jadikanlah aku daripada orang yang menjaga kebersihan, Dan jadikanlah aku daripada hambaMu yang Saleh (baik-baik). Maha Suci Engkau Ya Allah dengan sifat KepujianMu. Aku menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan taubat kepadaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. " Amin..... InsyAllah .... Akan terbukalah Lapan Pintu Syorga.... AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:31 AM
Monday, May 01, 2006 Allah swt berfirman: "Sesungguhnya amal yang saleh itu menghapuskan segala kejahatan/" (Hud : 114) AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:30 PM
Peringatan untuk semua Insan bersama AbDillah "Aku menciptakam Jin manusia tak lain hanya untuk beibadah kepadaKu." (Al-Zariyat : 56) AbDillah BerMuhaSabahDiri at 10:40 PM
|
|||||||
|
|
|
|
|
|