|
|
![]() |
|
![]() |
|
||||
Counter |
Thursday, June 22, 2006
![]() Bukan Sebarang Tidur Bersama AbDillah Tidur merupakan nikmat yang hanya kita mengetahuinya. Indahnya lena dan asyiknya mimpi - kesemua itu merupakan kurniaan yang diberikan Allah kepada manusia. Bayangkan jika nikmat itu ditarik daripada manusia, bayangkan jika harus berjaga siang malam dan bayangkan betapa letih dan lelahnya jika lenyap nikmat yang satu itu. Namun tidur bukan sebarang tidur. Tidur seharusnya menjadi satu waktu rehat untuk menjana tenaga supaya apabila bangun tidur, kita kembali dapat menyempurnakan dan melunaskan tugas sebagai hamba Allah. Tidur akan memberikan rehat yang cukup untuk memudahkan kita menjalankan tugas seperti biasa. Ingati pesanan Rasulullah mengenai tidur manusia, seperti sabda Baginda: "Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan menyebabkan kamu tidur cukup lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslan ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk, terbuka pula ikatan kedua. Apabila dia menunaikan salat, akan terbukalah ikatan semuanya. Dia akan merasakan kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak, dia akan kusut dan malas." (RIWAYAT BUKHARI)
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:37 AM
![]() ![]() Mencari Keberkatan Makanan Kita makan untuk mengenyangkan perut dan bagi menjana kekuatan meneruskan kehidupan. Makanan yang di telan bukanlah sekadar penggalas perut tetapi sebenarnya sebagai ibadat kepada Allah. Justeru untuk tambah memberkatinya, pastikan makanan yang diambil adalah HALAL dan baik. Suatu hari seoarang sahabat, Saad bin Waqqas bertanya kepada Rasulullah: "Wahai tuan, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan orang mustajab (makbul) doanya." Lalu Rasulullah menjawab: "Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (halal), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika seseorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari." Oleh itu JANGAN PANDANG MUDAH PADA MAKANAN YANG DIAMBIL KERANA IA BOLEH MEMPENGARUHI KESELURUHHAN KEHIDUPAN ORANG ISLAM. SEPERTI KATA ORANG, KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN. JIKA BAIK MAKANAN YANG DIAMBIL, MAKA BAIKLAH KESELURUHAN TUBUH DAN JIWA KITA.
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:02 AM
Monday, June 19, 2006
Antara Jujur & Dusta bersama AbDillah
Antara jujur dengan dusta, memang banyak bezanya. Jujur nilai positif tetapi dusta nilai negatif. Malah ganjarannya juga berlainan seratus peratus. Jujur membawa ke Syurga, manakala dusta membawa ke Neraka. Ini prinsip asas yang diajarkan Islam, tidak ada tolak ansur dalam hal ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu senantiasa benar kerana sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa kepada syurga. Selama seseorang benar dan senantiasa memilih kebenaran, dia tercatat disisi Allah sebagai seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan sentiasa memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." -RIWAYAT BUKHARI- Bagaimanapun ada 'dusta yang dibolehkan' jika is bertujuan tertentu.
Daripada Ummu Kalsum binti Uqbah bin Abi Mua'ith (dia termasuk dalam muhajirin yang pertama berbai'ah dengan Rasulullah), mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda, "Tidak termasuk dalam kalangan pendusta bagi orang yang mendamaikan dia orang yang berselisih faham, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan yang baik." Kata Ibnu Syihab, Aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta melainkan dalam tiga hal: 1. Dalam peperangan. 2. Dalam mendamaikan dua orang yang berselisihan. 3. Berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya. -RIWAYAT MUSLIM-
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:58 PM
Saturday, June 17, 2006
Jika Kamu Rindu........ Isteri adalah pelengkap kehidupan suami, memberikan mawaddah dan rahmah, juga menenteramkan hati. Ini sebenarnya merupakan pesanan yang dititipkan Rasulullah kepada pasangan suami-isteri. Daripada Jabir, katanya Rasulullah pernah melihat seorang wanita, lalu baginda datang kepada Zainab yang sedang menyamak kulit bagi melepaskan kerinduannya. Selepas itu, Rasulullah pergi menemui para sahabat dan bersabda, "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka apabila kamu terlihat kepada wanita, datangilah isterimu kerana yang demikian itu dapat menenteramkan gejolak hatimu." -Sahih Muslim- Dalam hadis yang lain, daripada Jabir, katanya dia mendengar Rasulullah bersabda, "Apabila ada diantara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat menenteramkan gejolak hatinya." -Sahih Muslim- +DEMIKIANLAH PERANAN PERKAHWINAN DAN BIJAKNYA ALLAH MENGATUR DAN MENYELAMATKAN MANUSIA DARIPADA TERJEBAK KE KANCAH MAKSIAT+
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 1:07 AM
BeKerja & BerSyukur Allah merperuntukkan waktu siang untuk manusia bekerja seperti firmanNya dalam Surah Naba' : 11 yang bermaksud. "Kami telah membuat waktu siang untuk mengusahakan suatu kehidupan.Banyak pekerjaan yang boleh dilakukan bagi menyara kehidupan. Bumi yang terbentang luas diibaratkan sebagai lapangan yang boleh memberikan seribu satu punca rezeki kepada manusia baik lelaki mahupun perempuan." Ini selaras dengan firmanNya dalam Surah al-A'raf:10 yang bermaksud, "Kami telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi sedikit di kalangan kau yang berterima kasih." Orang yang berusaha mencari rezeki dengan tulang empat kerat digambarkan mempunyai kedudukan yang mulia. Seronok bekerja, itu harus dijadikan amalan hidup kita. Dalam sebuah riwayat ada menceritakan mengenai Sayidatina Aisyah Abu Bakar bertanya kepada suaminya, Rasulullah, mengapakah baginda perlu bersusah payah beribadah sehingga bengkak-bengkak kaki, sedangkan baginda sudah dijamin tempat diSyurga, maka baginda menjawab, "salahkah kalau aku ini menjadi orang yang bersyukur?" -BEKERJALAH KERANA ITU MENANDAKAN KITA UMAT YANG BERSYUKUR-
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 12:23 AM
Wednesday, June 14, 2006
Sekadar renungan diri Lucu ya, wang $10, kelihatan begitu besar apabila dibawa ke kotak amal masjid, TAPI begitu kecil bila kita bawanya ke supermarket Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, TAPI betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, TAPI betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati tontonan vcd /dvd Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, TAPI betapa mudahnya cari bahan perbualan bila bertemu teman Lucu ya, betapa harapnya kita supaya berpanjangan waktu pertandingan bolasepak kegemaran kita, TAPI betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan yang lama bacaannya. Lucu ya, susah betul untuk membaca Al-Quran 1 juz saja, TAPI novel best-seller 100 halaman-pun habis dibaca Lucu ya, orang ramai berebut-rebut untuk duduk di bahagian paling depan untuk menonton bola atau konsert TAPI berebut cari shaf paling belakang apabila solat Jumaat agar cepat keluar Lucu ya, susahnya orang mengajak berkumpulan untuk dakwah, TAPI mudahnya orang berkumpulan menyebarkan gossip Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Al-Quran, TAPI kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Qur'an Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa Lucu ya, kita biasa mengirim ribuan jokes melalui email, TAPI apabila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua kali.
AbDillah BerMuhaSabahDiri at 1:00 AM
|
|||||||
|
|
|
|
|
|