Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka:
i) Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas,maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAHs.w.t.
ii) Barangsiapa yang berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.w.t
iii) Barangsiapa yang berpuasa tiga hari, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
iv) Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t.
v) Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini,maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barangsiapa berpuasa lapanhari maka dibukakan lapan pintu syurga.
vi) Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu danmenggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan,dan barangsiapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
Sabda Nabi s.a.w: Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. : Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? Maka berkata Jibril a.s. : Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :-Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi s.a.w. melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih.Kemudian baginda berdoa kepada ALLAH s.w.t.Lalu saya bertanya kepada baginda : Ya Rasulullahs.a.w., mengapakah anda menangis? Lalu baginda bersabda : Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka. Sabda baginda lagi :Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescayamereka tidak akan diseksa dalam kubur.
Tsauban bertanya : Ya Rasulullah s.a.w, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?
Sabda baginda : Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulanRejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun danmengerjakan solat malam satu tahun.
Sabda baginda lagi : Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali paranabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak akan rasa lapar dan haus bagi mereka.