|
|
![]() |
|
![]() |
|
||||
Counter |
Sunday, May 07, 2006
![]() Musuhku Syaitan PERHATIKAN DUA ISYARAT FIRMAN ALLAH SWT DALAM AL-QURAN YANG MEMBERIKAN AMARAN DAN PERINGATAN KEPADA MANUSIA ![]() Allah Berfirman: "Apakah Aku tidak berpesan kepadamu hai anak Adam bahawa kamu tidak boleh menyembah syaitan, sebab sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata." (Yasin : 60) Allah Berfirman: "Sesungguhnya Syaitan itu musuh kamu, maka jadikanlah is sebagai musuh utamamu." (Fathir : 6) Wahai Insan, sesungguhnya kedua ayat di atas adalah suatu Peringatan dan Amaran yang sangat penting. ![]() Syaitan itu penganggur, penuh waktu untuk menjalankan rancangannya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihat dia, engkau lupa kepada syaitan, tetapi syaitan senantiasa ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu, syaitan mempunyai ramai pembantunya. Dengan ini Allah SWT telah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW "Ucapkan olehmu wahai Muhammad, Ya Tuhanku aku berlindung kepadaMu dari godaan-godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu ya Rabbi dari hadirnya mereka di antaraku." (Al-Mukminin : 97-98) AbDillah BerMuhaSabahDiri at 3:38 PM
|
|||||||
|
|
|
|
|
|