Singapore City









Daily Toon Click to enlarge
ANDERTOONS.COM  CARTOONS Cartoonsby Andertoons




Counters
Counter

Monday, June 19, 2006

Antara
Jujur & Dusta
bersama
AbDillah


Antara jujur dengan dusta,
memang banyak bezanya.
Jujur
nilai positif
tetapi
dusta
nilai negatif.
Malah ganjarannya juga berlainan seratus peratus.
Jujur
membawa ke Syurga,
manakala
dusta
membawa ke Neraka.
Ini prinsip asas yang diajarkan Islam, tidak ada tolak ansur dalam hal ini.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu senantiasa benar kerana sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa kepada syurga. Selama seseorang benar dan senantiasa memilih kebenaran, dia tercatat disisi Allah sebagai seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan sentiasa memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta."
-RIWAYAT BUKHARI-
Bagaimanapun ada 'dusta yang dibolehkan' jika is bertujuan tertentu.


Daripada Ummu Kalsum binti Uqbah bin Abi Mua'ith (dia termasuk dalam muhajirin yang pertama berbai'ah dengan Rasulullah), mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda,
"Tidak termasuk dalam kalangan pendusta bagi orang yang mendamaikan dia orang yang berselisih faham, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan yang baik."
Kata Ibnu Syihab, Aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta melainkan dalam tiga hal:
1. Dalam peperangan.
2. Dalam mendamaikan dua orang yang berselisihan.
3. Berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.
-RIWAYAT MUSLIM-


AbDillah BerMuhaSabahDiri at 11:58 PM